Sunday 27 March 2011

rintihan bangsa



Ketika lena diulit arus pembangunan
Ada yang alpa tentang sesuatu
Sesuatu yang  memberi seribu satu erti
Erti yang tiada galang gantinya
Kemerdekaan yang dicipta dek perpaduan
Dapat dinikmati dan dirasai generasi kini

Teras perpaduan janganlah dihapusakn
Ingatlah hasil usaha mereka yang dilupakan
Kerana mereka pejuang bangsa sejati
Elakkan percaturan sesama sendiri
Kelak nanti sesalan tiada erti

Permainan barat bukan agenda bangsa
Tetapi kita ghairah mengejarnya
Kita perlu bezakan kaca dan permata
Takut adat Melayu  mati tanpa diingati
Pribumi berputih mata dan merintih sendiri

Bumi melayu indah peniggalan berzaman
Adat Melayu tersemat di hati
Ayuh pulih kembali harga diri
Kita masih lagi punya harapan
Bersatu  hati bersama berbakti demi bangsa


Janganlah kamu gila akan kekayaan
Dek mengikut hasutan syaitan
Kerana ia penyebab lupa akan daratan
Dicaci, dicemuh , dihina,
Adat kehidupan orang tiada punya kekayaan
Sanggupkah kamu melihat bangsa ditindas

Kita datang dari arah yang sama
Sanggupkah kita bertentang mata
Marilah berganding tangan impian saat kegemilangan
Majulah bersama-sama ke arah jaya

Sedarkan diri kamu  wahai Melayu
Kini kita cuma tinggal kuasa
Kuasa yang akan menentukan bangsa

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terleka dan terlalai
Teruskan usaha sampai ke puncak
Yakinkan diri Melayu  mampu menggegar dunia                                        Hand89

2 comments:

  1. DUkuDu.., ejah wat puisi pelbagai laa.., mcam jiwa sufi, jiwa sufi lebih berminat kepada puisi keTUHANan.., sila rujuk sufi agung Jaluluddin Rumi, Ibnu Arabi, Syeikh Fariduddin Al Attar sebagai rujukan untuk menghasilkan puisi keTUHANan...

    ReplyDelete
  2. sabar wa 6t kwe buat supo hk demo suruh buat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...