Sunday 5 June 2011


BENAR

Lihatlah dunia sekarang dengan mata hati
Jangan kamu mendengar dengan telinga tuli
Dengarlah  dunia sekarang dengan telinga peka
Jangan kamu melihat dengan mata buta

kerana dunia yang penuh kekaburan
kerana  personaliti dunia berbeza dari kenyataan
kerana penipuan fakta untuk kejahatan
kerana sistem keadilan yang menghaibkan kebenaran
kerana mengfotokopi manusia ikut acuan kejahatan
Kerana ketamadunan dunia dilenyapkan

Percayalah
Sebuah sistem yang penuh pembohongan
Membuat mata kamu tertipu dengan keajaiban
Sistem ibarat penjara hilimunan
Memerangkap manusia tiada beriman

Percaya dan percayalah
Apabila  iman memasuki hati manusia
Allahkan memasukkan bersama cahaya
Dengan cahaya, hati mampu melihat perkara
Perkara yang tidak mampu dilihat oleh dua mata

Kembalilah kamu ke jalanNYA
Kerana janjiNYA akan tiba
Hanya DIA sahaja yang maha berkuasa                                                            HAND89
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...