Sunday 27 March 2011

rintihan bangsa



Ketika lena diulit arus pembangunan
Ada yang alpa tentang sesuatu
Sesuatu yang  memberi seribu satu erti
Erti yang tiada galang gantinya
Kemerdekaan yang dicipta dek perpaduan
Dapat dinikmati dan dirasai generasi kini

Teras perpaduan janganlah dihapusakn
Ingatlah hasil usaha mereka yang dilupakan
Kerana mereka pejuang bangsa sejati
Elakkan percaturan sesama sendiri
Kelak nanti sesalan tiada erti

Permainan barat bukan agenda bangsa
Tetapi kita ghairah mengejarnya
Kita perlu bezakan kaca dan permata
Takut adat Melayu  mati tanpa diingati
Pribumi berputih mata dan merintih sendiri

Bumi melayu indah peniggalan berzaman
Adat Melayu tersemat di hati
Ayuh pulih kembali harga diri
Kita masih lagi punya harapan
Bersatu  hati bersama berbakti demi bangsa


Janganlah kamu gila akan kekayaan
Dek mengikut hasutan syaitan
Kerana ia penyebab lupa akan daratan
Dicaci, dicemuh , dihina,
Adat kehidupan orang tiada punya kekayaan
Sanggupkah kamu melihat bangsa ditindas

Kita datang dari arah yang sama
Sanggupkah kita bertentang mata
Marilah berganding tangan impian saat kegemilangan
Majulah bersama-sama ke arah jaya

Sedarkan diri kamu  wahai Melayu
Kini kita cuma tinggal kuasa
Kuasa yang akan menentukan bangsa

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terleka dan terlalai
Teruskan usaha sampai ke puncak
Yakinkan diri Melayu  mampu menggegar dunia                                        Hand89

pedang keberanian


Pedang keberanian
 
Setelah lama dibiarkan hina
Setelah lama hidup berkubur
Setelah lama sejarah dibiarkan berkarat

Bukan bererti kalah
Bukan bererti mati

Darah perjuangan bagai air mengalir
Hanya sebilah pedang kosong semata

Tanpa  bersempur kekayaan
Tanpa bersempur kuasa
Tanpa bersempur nama  

Kilauannya mampu membias tujuh petala langit
Bangkit pedang keberanian sebagai hati merdeka
Deruan semboyan mesti ditiup
Bertempur untuk keadilan semata
Angkara kerakusan ciptaanNYA

Pedang keberanian tegak berdiri
Kental bertempur demi sebuah bangsa
Walaupun patah akibat kuasa
Namun kilauannya tetap bersinar
Demi harga sebuah bangsa
                                                                                                       Hand89
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...